Saturday 6 June 2015

CARA UMRAH DAN HAJI RASULULLAH.

Pada tahun ke-5 Hijrah, Syariat mengerjakan ibadat haji dan umrah bermula. Pada tahun ke-6 Hijrah, Rasulullah bersama kira-kira 1,500 para sahabat bertolak dari Madinah bagi mengerjakan ibadat umrah. Bila rombongan Rasulullah tiba di Hudaibiyah, rombongan ditahan oleh kaum kafir Quraisy Makkah. Hasrat Rasulullah dan para sahabat melakukan ibadat umrah tertangguh dan hanya melaksanakan Dam dan Ihsar selepas Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani. Pada tahun berikutnya (7 Hijrah) Rasulullah bersama para sahabat melaksanakan ibadat umrah Qada dengan aman.

Nabi Muhammad mengerjakan sebanyak empat kali (lihat hadith daripada Qatadah, direkodkan oleh Al-Bukhari) dan sekali haji sahaja semasa hayatnya, iaitu pada tahun ke-10 Hijrah.

No comments:

Post a Comment