Saturday 6 June 2015

APA ITU UMRAH?

DEFINISI UMRAH :-

Umrah ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Makkah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.

APAKAH HUKUM DAN DALIL WAJIB UMRAH :-

Ibadat Umrah merupakan salah satu kewajipan yang MESTI dilaksanakan oleh setiap muslim yang mukallaf. Hukumnya WAJIB sekali seumur hidup apabila memenuhi syarat-syaratnya.
Firman Allah S.W.T. bermaksud:
"Dan sempurnakanlah Ibadah Haji dan Umrah kerana Allah S.W.T - (al-Baqarah ayat 196).

LAGI DALIL UMRAH:

Dari Ibnu Umar R.A.  Tidak ada seorang pun melainkan Wajib baginya sekali haji dan sekali Umrah kerana disebut kedua-duanya serentak dalam ayat : 196 al-baqarah sebagai perintah. Perintah bererti Wajib maka Umrah Wajib seperti Haji - Imam Bykhari, bab Umrah.






No comments:

Post a Comment